TUDM laksana penerbangan taktikal sekitar Kuantan hingga Isnin depan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan secara taktikal di sekitar ruang udara Kuantan mulai hari ini hingga Isnin, 16 Jun ini.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan, penerbangan secara taktikal itu melibatkan pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-67, Isnin ini.

Menurut TUDM, Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-67 itu akan diadakan di Pangkalan Udara Kuantan.

Baca artikel lain: Pengorbanan, kesiapsiagaan anggota TUDM tunjang keamanan dan kedaulatan – PM

“Sepanjang tempoh tersebut, pesawat-pesawat TUDM yang terlibat akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu.

“Sehubungan itu, TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat-pesawat terbang rendah,” menurut kenyataan itu.

TUDM komited dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan ruang udara negara sentiasa terpelihara.

Hari Ulang Tahun TUDM disambut pada setiap 1 Jun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This