Kes Yusoff Rawther: Elak buat kenyataan bersifat spekulatif, fitnah – AGC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ORANG awam digesa untuk mengelak daripada membuat kenyataan yang bersifat spekulatif atau berbaur fitnah berhubung keputusan kes yang membebas dan melepaskan bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther, semalam.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan orang ramai perlu mengelakkan daripada membuat penyataan bersifat spekulatif atau berbaur fitnah lebih-lebih lagi jika ia dibuat di luar skop alasan keputusan diberikan mahkamah.

Menurut AGC, pentadbiran keadilan hendaklah tidak dijejaskan oleh perbicaraan melalui media, sindiran awam, kedudukan atau persepsi.

“Jabatan ini akan meneliti keputusan kes dan mempertimbangkan semua aspek berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan selanjutnya.

“Jabatan ini kekal komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya menurut Perlembagaan dengan berintegriti, saksama dan menghormati proses pengadilan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, AGC menjelaskan menghormati keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi itu dan mengambil maklum alasan keputusan yang diberikan dalam kes tersebut.

Katanya, ia kerana tujuan sesuatu pendakwaan dijalankan adalah untuk memastikan keadilan tercapai berdasarkan bukti dan nas undang-undang.

Pada masa sama, AGC turut menyedari bahawa kes tersebut telah menarik perhatian umum.

“Sepanjang prosiding, jabatan ini telah bertindak menurut batas kebebasan pendakwaan dan proses undang-undang.

“Pendakwaan telah dijalankan berdasarkan penelitian secara berhati-hati terhadap bukti yang tersedia dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Muhammed Yusoff Rawther bagi pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan.

Baca artikel lain: Rakyat perlu bangkit pastikan dalang aniaya Yusoff Rawther dikena tindakan – Hamzah

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Sebelum ini pada 28 April lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman menutup kes pendakwaaan selepas memanggil 13 saksi sepanjang perbicaraan yang bermula pada 7 April lepas.

Terdahulu, Muhammed Yusoff Rawther, 32, mengaku tidak bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan yang dinaikinya di hadapan surau IPKKL pukul 10.15 pagi, 6 September tahun lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara Kuala Lumpur pada 9.25 pagi, hari yang sama mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This