SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku rasuah dan penyelewengan tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Ini selepas SPRM dilaporkan menerima aduan daripada sebuah parti politik berhubung perkara berkenaan.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatannya, Datuk Zainul Darus berkata, susulan itu pihaknya menjalankan siasatan awal berhubung aduan berkenaan.
Pada masa sama, katanya lagi, Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM juga sudah memulakan proses penyiasatan secara serentak.
“Selain KPKT yang sudah mengemukakan laporan penuh berhubung proses dan pemberian tender yang berkaitan, beberapa pihak yang terbabit turut memberi beberapa dokumen berkaitan projek ini.
“Dalam siasatan ini, SPRM akan memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu pengesanan sekiranya wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam proses tender,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.
Menurutnya, SPRM juga akan meneliti keseluruhan proses tatakelola sekiranya wujud sebarang kepincangan dan pelanggaran peraturan, sistem dan prosedur ditetapkan.
Baca artikel lain: Buruh warga Indonesia didakwa edar lebih 20 kilogram syabu
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009.
KPKT sebelum ini dilapor menyerahkan dokumen kepada SPRM berkaitan projek MyKiosk yang mendapat perhatian pelbagai pihak kerana didakwa harganya yang mahal.
KPKT dalam kenyataan berkata, penyerahan dokumen secara sukarela itu sebagai tanda komitmen kementerian dalam memastikan ketelusan serta integriti projek itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

