Polis berkas suspek curi komponen motosikal di sekitar Gelang Patah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga tempatan diberkas pihak polis selepas didapati terlibat dalam kes kecurian komponen motosikal di sekitar kawasan Gelang Patah, Johor.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP M. Kumarasa berkata, suspek berusia 27 tahun telah diberkas sekitar pukul 11.45 malam dan semakan mendapati beliau tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek negatif dadah. Daripada tangkapan tersebut, pihak polis merampas dua pasang rim motosikal dan dua laras spanar bersaiz 14mm dan 19mm.

“Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 KPJ selama empat hari bermula hari ini sehingga 19 Julai untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: 2,467 kes keganasan rumah tangga direkod dalam tempoh Januari hingga April – Noraini

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 379a(1) Kanun Keseksaan iaitu mencuri sebuah kenderaan motor atau mana-mana bahagian komponen sebuah kenderaan motor.

“Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun atau tidak lebih tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda.

“Sebarang maklumat berkenaan aktiviti jenayah boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau pusat kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 @ hotline 07-5114486,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This