Titah Adendum: Ketua-Ketua UMNO Bahagian adakan perjumpaan malam ini

Dari Penulis

KETUA-KETUA UMNO Bahagian dari seluruh negara dilapor akan mengadakan perjumpaan malam ini dipercayai bagi membincangkan isu melibatkan Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan BH Online yang memetik sumber, perjumpaan Ketua-Ketua UMNO Bahagian itu difahamkan akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada pukul 8 malam ini.

Bagaimanapun, sumber tersebut enggan mendedahkan tujuan sebenar perjumpaan berkenaan.

“Ya malam ini akan ada perjumpaan dengan semua Ketua UMNO Bahagian. (Apa tujuan perjumpaan) tunggu malam ini,” katanya.

Berdasarkan jemputan yang diterima, satu sidang media oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah akan diadakan selepas perjumpaan berkenaan.

Difahamkan, perjumpaan tersebut antara lain bagi membincangkan desakan akar umbi UMNO mengenai Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 terhadap Najib.

Sebelum ini, akar umbi UMNO dari seluruh negara mendesak supaya Titah Adendum itu dilaksanakan segera demi menjunjung kedaulatan Yang di-Pertuan Agong serta institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak kestabilan negara.

Baca artikel lain: Buat apa marah  DAP, lebih baik pemimpin UMNO tanya perasaan akar umbi

9 Julai lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dilapor tidak mempertikaikan kewujudan titah adendum dikatakan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Sebaliknya, AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.

Perkara itu dihujahkan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan pada prosiding di Mahkamah Persekutuan.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Pada 3 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, sebelum beliau merayu keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong dakwaan Najib, termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, adalah khabar angin serta tidak boleh diterima sebagai bukti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This