‘Kita terbuka, dah tiga tahun kata mahu bawa usul undi tak percaya’, kata PM

Dari Penulis

“SILAKAN, kita terbuka. Ini proses yang betul, dia (mahu) bawa, sila bawa. Dia kata nak bawa dah tiga tahun.”

Demikian kata Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap laporan media bahawa Perikatan Nasional (PN) terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi bayangan akan menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Pada masa sama, Anwar menjelaskan bersedia untuk berdepan dengan usul undi tidak percaya itu.

Katanya, perkara itu sudah disebut-sebut sejak tiga tahun lalu.

“Ada cadangan (oleh) Datuk Seri Hamzah Zainudin nak bawa undi tidak percaya,” katanya.

Semalam, media melaporkan PN memberi bayangan akan menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Baca artikel lain: PM Anwar ucap selamat pulang kepada peserta himpunan

Hamzah dilaporkan berkata, usul itu akan dipertimbang untuk dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam masa terdekat.

“Tak apa, tunggulah. Kita akan lakukan nanti. Takkan kita nak sebut (bila akan hantar usul berkenaan,” katanya ditemui pemberita pada Himpunan Pembangkang di Dataran Merdeka.

Hamzah berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri pada Isnin lalu, tidak gentar bahkan bersedia berdepan jika pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen.

Bagaimanapun, kenyataan berlainan dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang menjelaskan setakat ini pihaknya tidak bercadang untuk berbuat demikian.

Isnin lalu, media melaporkan, Anwar mencabar pihak pembangkang membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat yang mula bersidang awal minggu ini.

Beliau juga bersedia menerima apa jua keputusan sekiranya pembangkang memiliki sokongan mencukupi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This