KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) telah melancarkan Misi Perdagangan Antarabangsa ke China yang berlangsung selama tiga hari berakhir esok.
KUSKOP dalam kenyataan memaklumkan, misi berkenaan sempena penyertaan Malaysia dalam China Franchise Expo 2025 di Pusat Pameran Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC), Shanghai.
Menurut KUSKOP, inisiatif tersebut bertujuan membuka akses baharu kepada jenama francais tempatan terutama bagi menembusi pasaran antarabangsa khususnya China.
“Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan bersama wakil daripada Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), MFA dan sembilan jenama francais terkemuka Malaysia.
“Sembilan jenama francais terkemuka itu adalah Marrybrown; HOME Maths Therapy; Q-Dees; Smart Reader Kids dan Midyson.
“Selain itu, ia juga melibatkan jenama US Pizza; Kenny Rogers Roasters; D’Sara Fried Chicken dan Happy Potato,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel lain: KUSKOP pacu PKS ke peringkat global di Osaka catat RM115.4 juta potensi pelaburan
Mengulas lanjut, KUSKOP memberitahu, penyertaan Malaysia dalam ekspo tersebut merupakan sebahagian daripada Program Pengukuhan Francais bagi Meningkatkan Eksport (EFDP) yang dirangka untuk memperluas kehadiran francais Malaysia di peringkat global.
Katanya, antara kejayaan terdahulu menerusi EFDP termasuk Marrybrown di Australia; Global Art di Maghribi; Laundrybar di Thailand dan Little Caliphs di United Kingdom.
Sementara itu, Ramanan memberitahu, industri francais Malaysia memiliki potensi besar untuk berkembang di arena antarabangsa.
“Misi ini memperkukuh kedudukan jenama tempatan di luar negara.
“Malah, ia mewujudkan peluang kerjasama strategik bersama rakan niaga antarabangsa.
“KUSKOP komited untuk menjadikan jenama francais Malaysia sebagai pilihan utama di pasaran global,” katanya.
Misi perdagangan ke China ini merupakan misi sulung dalam kalendar EFDP bagi tahun 2025.
Ia akan disusuli dengan misi serantau ke Jepun, Kazakhstan dan Indonesia yang dijadualkan berlangsung sehingga Oktober 2025.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

