SPRM gempur sindiket penyeludupan tembakau, cerut libat kerugian hasil cukai RM250 juta

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggempur syarikat-syarikat dipercayai terlibat dalam penyeludupan tembakau, rokok dan cerut yang menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hasil cukai lebih RM250 juta sejak tahun 2020 hingga tahun 2024.

Serbuan dijalankan menerusi operasi bersepadu iaitu Op Sikaro diketuai Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di 14 lokasi sekitar Lembah Klang dan Johor, semalam.

Menurut sumber, serbuan itu dijalankan ke atas premis-premis perniagaan dan pemilik-pemilik syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan tembakau, cerut dan pembekal minuman keras.

“Hasil serbuan, SPRM telah membekukan akaun perbankan persindirian dan akaun syarikat yang melibatkan nilai kira-kira RM218 juta.

“Pihak JKDM turut menggantung lesen import beberapa syarikat yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Sumber berkata, sindiket berkenaan dipercayai turut melibatkan pegawai agensi penguat kuasa dan siasatan akan menumpukan kepada usaha mengesan serta menyita aset-aset lain mereka yang terlibat melalui aktiviti pengubahan wang haram.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan serbuan tersebut dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Katanya, SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui rasuah, pengubahan wang haram dan penyeludupan yang merugikan negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This