JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) merekodkan sejumlah 803,332 pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) aktif warganegara Bangladesh dalam negara setakat 30 Jun tahun ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu bersamaan 37 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja asing menjadikan Bangladesh sebagai negara sumber tertinggi bagi pekerja asing berkemahiran rendah di Malaysia.
Katanya, seramai 49,353 pekerja warganegara Bangladesh direkodkan memasuki Malaysia setelah sempadan negara dibuka pasca COVID-19 pada 2022.
Jelas beliau, pada 2023, bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing iaitu mekanisme sementara yang diperkenalkan untuk mempercepatkan dan memudahkan proses pengambilan pekerja asing.
“Daripada pelan ini, sejumlah 397,548 pekerja asing warganegara Bangladesh baharu direkodkan memasuki negara pada 2023.
“Di samping itu, pada 2022 sejumlah 20,331 dan pada 2023 sejumlah 23,065 pemegang PLKS warganegara Bangladesh telah dihantar pulang oleh majikan masing-masing,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang bertanyakan jumlah pekerja Bangladesh yang telah dibawa masuk ke Malaysia pada 2022 dan 2023.
Saifuddin Nasution menambah, berdasarkan maklumat tangkapan PATI warganegara Bangladesh bagi 2022 dan 2023, sejumlah 790 orang telah ditangkap atas kesalahan tinggal melebihi tempoh pas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

