AUDIT dalaman bukan sekadar proses rutin, ia adalah teras kepada tatakelola yang baik dan pelindung kepada integriti perkhidmatan awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tanpa pemantauan yang telus dan bebas, risiko ketirisan, penyalahgunaan kuasa serta rasuah akan terus membelenggu sistem negara.
“Saya mulakan agenda hari ini dengan menyempurnakan pelancaran Persidangan Konfederasi Asia Institut Juruaudit Dalaman (ACIIA) 2025.
“Sejarah seperti skandal 1MDB dan krisis kewangan Asia mengajar kita betapa pentingnya memberi ruang dan sokongan kepada juruaudit dalaman untuk menjalankan tugas mereka tanpa gangguan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: 3,850 pegawai perubatan terima tawaran lantikan tetap – Dr Dzulkefly
Katanya lagi, kerajaan sentiasa fokus memperkukuh institusi-institusi audit antaranya pindaan pertama Akta Audit dan penubuhan Jawatankuasa Ketidakaturan Serius adalah keseriusan berkenaan.
“Tatakelola yang baik bukan beban, tetapi asas kepercayaan rakyat dan pelaburan jangka panjang kepada kestabilan negara.
“Audit dalaman ialah benteng utama dalam memastikan amanah ini ditunaikan dengan penuh integriti,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

