BELANJAWAN 2026 yang akan dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan dijangka membawa berita baik bukan sahaja kepada penjawat awam tetapi juga untuk rakyat keseluruhannya.
Bayangan itu diberikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar seperti dilapor BH Online, hari ini.
Bagaimanapun, Shamsul Azri tidak dapat memberi perkongsian lanjut berhubung berita baik tersebut ketika ini.
“Mesti ada berita baik, tetapi saya belum boleh berkongsi, tidak mengecewakan.
“(Berita baik) untuk penjawat awam, untuk rakyat, kerajaan MADANI, kerajaan yang baik dan prihatin kepada rakyat,” katanya.
Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebelum ini berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian imbuhan atau bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada penjawat awam yang menjadi tunjang pentadbiran negara, dalam pembentangan Belanjawan 2026.
Baca artikel lain: Belanjawan 2026: Kerajaan beri tumpuan lahir bakat berkemahiran dalam teknologi – PM
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, dilaporkan berkata, penjawat awam sudah lama tidak menerima khabar gembira diberi bonus tahunan sebulan gaji sebaliknya sekadar pukul rata RM500.
Malah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dilaporkan berkata, rakyat boleh menjangkakan berita baik dalam Belanjawan 2026 susulan penambahan RM10 bilion ke dalam pendapatan kerajaan pada tahun depan hasil peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Mengikut Takwim Penggal Keempat Parlimen Ke-15 2025, Belanjawan 2026 dijadual akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober depan.
Pada tahun lalu, Perdana Menteri, membentangkan belanjawan tertinggi pernah diumumkan dalam Belanjawan 2025 membabitkan peruntukan RM421 bilion dengan RM335 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM86 bilion bagi belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 10 Oktober depan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

