AJINOMOTO (Malaysia) Berhad menjadi tumpuan utama sebagai Penaja Platinum Dapur di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-21 (MIHAS) 2025 yang berlangsung selama empat hari hingga 20 September ini.
Ajinomoto dalam kenyataan memaklumkan, syarikat itu menampilkan gabungan dinamik inovasi halal pada MIHAS 2025 yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Pada masa sama, katanya, reruai Ajinomoto turut menonjolkan warisan kulinari dan pengalaman interaktif ke salah satu pameran perdagangan halal terbesar di dunia itu.
Di Dapur MIHAS pula, Ajinomoto mencuri tumpuan dengan 20 demonstrasi memasak secara langsung.
“Selain itu, Ajinomoto turut menampilkan sesi perkongsian cerita oleh chef dan aktiviti interaktif yang menonjolkan kepelbagaian produknya serta komitmen syarikat dalam mempromosi gaya hidup yang lebih sihat dan lazat.
“Pengunjung berpeluang menikmati hidangan yang baru disediakan termasuk Gyoza Ayam dan Udang selain merasai sendiri konsep garam pintar yang inovatif melalui demonstrasi masakan.
“Maskot ceria ‘Pak Aji’ turut hadir bagi berinteraksi dengan pengunjung dan menggalakkan penyertaan dalam pelbagai aktiviti Dapur MIHAS.
“Sebanyak 500 beg cenderamata edisi terhad juga akan diedarkan sepanjang sesi berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: RM20,000 menanti peserta ‘Seribu Rasa, Satu Cinta’ Ajinomoto
Mengulas lanjut, Ajinomoto memaklumkan, reruai syarikat itu di MIHAS 2025 menawarkan pengalaman yang menyeluruh dengan mempersembahkan proses pengeluarannya yang diperakui halal.
Selain itu, reruai Ajinomoto turut menawarkan rangkaian eksport yang luas serta pencapaian utama syarikat itu.
“Pengunjung berpeluang mencuba produk, menikmati promosi istimewa seperti pek Gyoza bersaiz kecil yang baharu dilancarkan dan set bundle Merdeka dengan hadiah eksklusif serta membawa pulang buku kecil resipi budaya,” katanya.
Dianjurkan setiap tahun oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) diiktiraf di peringkat global sebagai platform utama bagi perniagaan halal untuk berhubung, berdagang dan berkembang.
Selain makanan dan minuman, pameran itu turut mengetengahkan farmaseutikal, peranti perubatan, produk kewangan, fesyen sederhana, penjagaan diri, kosmetik, teknologi hijau dan pelancongan mesra Muslim.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

