SEORANG lelaki memakai helmet berwarna merah sedang diburu polis selepas dipercayai menjalankan perbuatan pecah rumah di Taman Baiduri, Banting, awal pagi Rabu lalu.
Kegiatan lelaki itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kediaman tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa warga tempatan berusia 53 tahun kira-kira pukul 7.40 pagi, Rabu lalu.
Menurut Mohd Akmalrizal, pengadu mendapati barang-barang di tingkat bawah rumahnya berada dalam keadaan berselerak.
“Pengadu kemudiannya mendapati wang yang diletakkan dalam almari di ruang tamu telah tiada.
Baca artikel lain: Suspek kes tikam pelajar perempuan beli senjata secara online – KP Selangor
“Hasil semakan CCTV mendapati suspek berpakaian gelap, memakai helmet berwarna merah dan bersarung tangan telah memecah masuk ke rumah tersebut kira-kira pukul 6 pagi.
“Kejadian yang turut tular di laman media sosial X itu telah menyebabkan kerugian lebih kurang RM3,000,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Mohd Akmalrizal memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Katanya, polis masih dalam tindakan mengesan keberadaan suspek.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat dan boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

