SEORANG remaja perempuan maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan e-hailing jenis Perodua Bezza dinaiki terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan di Jalan Puchong Batu 14, malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan, remaja yang maut itu merupakan penumpang e-hailing berusia 19 tahun.
Beliau berkata, dua lagi mangsa adalah pemandu lelaki berusia 49 tahun dan seorang lagi penumpang lelaki berusia 21 tahun.
“Pihak JBPM menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.15 malam memaklumkan tentang kemalangan tersebut.
Baca artikel lain: Lelaki maut Hilux dihempap pokok tumbang di Jalan Batang Kali
“Sejurus kemudian, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikerah ke lokasi kejadian.
“Komander operasi melaporkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza dipercayai pemandu e-hailing terbabas melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis memberitahu, remaja perempuan itu telah disahkan maut oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

