SERAMAI 1,776 mangsa di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 4 pagi, Jumaat.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, sebanyak 23 PPS telah dibuka bagi menempatkan mangsa daripada 609 keluarga.
Daripada jumlah itu, jelas Sekretariat JPBN, 20 PPS dibuka di daerah LMS melibatkan 1,413 mangsa daripada 502 keluarga, manakala tiga PPS di Manjung menempatkan 363 mangsa daripada 107 keluarga.
JPBN menjangkakan jumlah mangsa akan terus meningkat memandangkan beberapa PPS masih belum merekodkan angka rasmi.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir akan melanda kedua-dua daerah tersebut pada pagi dan petang Jumaat.
Met Malaysia turut menjangkakan ribut dan hujan di beberapa daerah lain di Perak pada waktu pagi dan petang, kecuali Kampar, Padang Batang dan Muallim.
Namun, ketiga-tiga daerah itu dijangka mengalami cuaca buruk pada sebelah petang dan malam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

