TAPISAN keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan menjawat mana-mana lantikan kerajaan turut mengambil kira rekod sabitan kesalahan jenayah rasuah lampau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, tapisan keutuhan SPRM itu turut tertakluk kepada semakan siasatan aktif.
Menurut beliau, kesemua langkah itu dilakukan untuk dijadikan asas penilaian bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap kredibiliti lantikan tersebut.
“Berdasarkan input daripada SPRM, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 – Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam.
Baca artikel lain: SPRM KL tahan lagi seorang suspek seleweng wang zakat badan berkanun
“Ia telah menetapkan bahawa pegawai-pegawai yang diperakukan kenaikan pangkat hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk lulus tapisan keutuhan SPRM,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.
Azalina menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanyakan sama ada tapisan keutuhan oleh SPRM bagi tujuan menjawat mana-mana lantikan kerajaan hanya tertakluk kepada semakan siasatan aktif tanpa mengambil kira rekod sabitan lampau.
Ahmad Fadhli menyatakan semakan terhadap sabitan kesalahan lampau turut dijadikan asas penilaian bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap kredibiliti lantikan tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

