Pemandu lori diculik, dilarikan 34 km sebelum ditinggalkan di tepi jalan

Dari Penulis

SEORANG Pemandu treler dilarikan tiga lelaki sejauh 34 kilometer dari Bentong ke Raub sebelum ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan tangan terikat dan mata ditutup, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman, kejadian kira-kira 11.30 malam itu disedari seorang lelaki yang menemui mangsa dalam keadaan terikat dan meminta tolong di tepi jalan berhampiran Taman Sri Wawasan, Raub.

Katanya, sepasukan anggota peronda polis kemudian membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk tindakan lanjut.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati mangsa berusia 37 tahun bekerja sebagai pemandu treler membawa muatan besi dari Balakong, Selangor ke Gua Musang, Kelantan.

Katanya, mangsa singgah berehat di sebuah warung makan di sempadan Bentong-Raub untuk mandi dan menukar pakaian sebelum diserang.

“Selepas mandi, mangsa didatangi tiga lelaki yang mengikat tangannya menggunakan cable tie sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah kereta.

“Selepas sejam di dalam kereta, mangsa diturunkan di tepi jalan berhampiran Taman Sri Wawasan dalam keadaan mata ditutup dengan pita pelekat hitam,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati motif utama kumpulan adalah melarikan treler yang membawa muatan besi berkenaan.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini dalam keadaan stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan,” katanya.

Mohd Shahril menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap keadaan sekeliling, terutama ketika berhenti di kawasan terpencil pada waktu malam.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian atau individu mencurigakan boleh disalurkan terus ke Bilik Gerakan IPD Raub di talian 09-355 2222,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This