Anggota trafik patah kaki dirempuh Hilux ketika iringi delegasi ASEAN

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cedera selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux ketika mengiring delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kilometer (KM) 22.3 susur keluar Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Dengkil arah utara Lebuhraya Elite, semalam.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian berlaku jam 1.10 tengah hari ketika anggota terbabit menjalankan tugas pengiring konvoi rasmi.

Katanya, mangsa berpangkat Koperal berusia 35 tahun yang menunggang motosikal Kawasaki GTR milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) patah kaki kiri serta cedera di pergelangan kaki dan lutut kiri.

“Mangsa dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, kemalangan masih dalam siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap arahan pergerakan pasukan konvoi sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung.

Terdahulu, tular satu rakaman video yang memaparkan anggota yang menaiki motosikal dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda di laluan kiri lebuh raya terbabit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This