Penyediaan minuman beralkohol keputusan komersial syarikat penerbangan – Loke

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PELAKSANAAN penyediaan minuman beralkohol dalam penerbangan adalah merupakan keputusan komersial syarikat penerbangan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Loke berkata, Malaysia Airlines Berhad (MAB) tidak lagi menghidangkan minuman beralkohol untuk penerbangan domestik mulai 1 Januari 2016.

Katanya, bagi laluan antarabangsa, penyediaan adalah hanya untuk penerbangan dari tiga jam dan ke atas.

“Amalan ini juga selari dengan syarikat-syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa dari negara majoriti Islam yang lain, termasuk Emirates, Etihad Airways, Qatar Airways, Gulf Air, Turkish Airlines dan Garuda Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Sesi Perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab perbahasan Ahli Parlimen Hulu Selangor dan Ahli Parlimen Besut mengenai isu penyediaan minuman beralkohol dalam penerbangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This