Kerajaan Persekutuan peruntuk RM17 bilion kepada Sabah – Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM17 bilion kepada negeri Sabah.

Anwar berkata, jumlah itu lebih besar daripada kutipan RM10 bilion dari negeri tersebut.

Beliau juga menolak sebarang pembezaan antara peruntukan persekutuan kepada Sabah dan bahagian 40 peratus hasil Persekutuan yang dikutip dari negeri, yang sepatutnya dibayar sebagai geran khas kepada Sabah.

Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berpendirian bahawa kerajaan memberikan lebih daripada 40 peratus yang sepatutnya dibayar, menerusi peruntukan Persekutuan.

“Berapa kami (kerajaan Persekutuan) ambil dari Sabah? Saya (nak) beritahu, RM10 bilion.

“Berapa kita beri balik kepada Sabah? RM17 bilion,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan aturan semasa berhubung pembayaran geran khas antara kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak bersifat sementara dan rundingan masih diteruskan.

Rundingan yang bermula sejak 2022 itu adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengarahkan kerajaan merundingkan semula formula pembayaran dengan Sabah.

Di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, bahagian hasil 40 peratus itu sepatutnya dibayar dalam bentuk geran khas yang akan berada di bawah kawalan penuh Sabah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amaran hujan lebat, banjir di Thailand: Rakyat Malaysia disaran berwaspada

RAKYAT Malaysia yang berada atau merancang untuk berkunjung ke Thailand dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada susulan amaran risiko hujan lebat...

More Articles Like This