SEKURANG-kurangnya 42 jemaah umrah dari India dikhuatiri meninggal dunia selepas bas yang dinaiki dalam perjalanan ke Madinah bertembung dengan sebuah lori tangki diesel sebelum terbakar, awal pagi tadi waktu tempatan.
Memetik laporan Hindustan Times, kejadian tersebut dilapor berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi di Mufrihat iaitu sekitar 160 kilometer (km) dari Madinah.
Menurut laporan tersebut, bas yang dalam perjalanan dari Mekah itu membawa 43 penumpang dengan 16 daripadanya merupakan jemaah umrah dari Telangana, Hyderabad.
Laporan awal diterima memaklumkan, hanya seorang penumpang yang terselamat setakat ini manakala semua yang lain rentung dalam kejadian tersebut.
Kumpulan jemaah umrah India itu yang turut disertai 20 wanita dan 11 kanak-kanak difahamkan telah berlepas dari Hyderabad pada 9 November lalu.
Baca artikel lain: Pasangan suami isteri maut, anak berusia 6 bulan cedera dalam nahas tiga kenderaan
Mereka dikatakan telah menyelesaikan ibadah umrah mereka di Mekah dan sedang dalam perjalanan ke Madinah apabila tragedi berlaku.
Menteri Teknologi Maklumat Telangana, D Sridhar Babu memberitahu pemberita di Hyderabad bahawa terdapat sekurang-kurangnya 16 warga Hyderabad adalah antara yang maut dengan butiran lanjut sedang dipastikan.
Sementara itu, Presiden Majlis-e-Ittehadul Muslimeen All India dan Ahli Parlimen Hyderabad, Asaduddin Owaisi memaklumkan Timbalan Ketua Misi (DCM) Kedutaan India di Riyadh, Abu Mathen George sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan.
Laporan tersebut turut menyebutkan bahawa pegawai India dan wakil agensi umrah telah tiba di tempat kejadian bagi membantu proses pemulihan dan menyelaras maklumat untuk keluarga di India.
Kedutaan India di Riyadh dan konsulat di Jeddah “kini memberikan sokongan penuh kepada rakyatnya dan keluarga yang terjejas akibat kemalangan ini,” kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar dalam hantaran di platform sosial X.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

