KKM fokus usaha selesaikan pembinaan 11 hospital baharu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memberi tumpuan kepada usaha untuk menyelesaikan pembinaan 11 hospital baharu dan bangunan tambahan hospital di bawah projek sambungan yang kini dalam fasa pelaksanaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, projek-projek yang terlibat adalah Hospital Kapar; Hospital Kemaman; Hospital Petra Jaya; Hospital Papar dan pembinaan blok kepakaran bagi Hospital Port Dickson serta Hospital Pulau Pinang.

Menurut beliau, tahun 2025 merupakan tahun terakhir bagi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Sepanjang tempoh RMK-12, sebanyak 10 projek pembinaan hospital baharu telah disiapkan.

“Antaranya ialah Hospital Pasir Gudang; Pusat Kardiologi Hospital Serdang; Hospital Pendang; Hospital Bera; Hospital Sri Aman dan beberapa hospital lagi,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung jumlah hospital baharu yang akan dibina di seluruh negara bermula 2025 dan tempoh dijangka siap.

Baca artikel lain: Hantar 512 petugas kesihatan ke Sidang Kemuncak ASEAN, cerminan keazaman KKM

Mengulas lanjut, Dzulkefly memaklumkan, KKM telah menerima senarai beberapa projek hospital baharu bagi tahun 2026 di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu perlu melalui fasa kerja awalan terlebih dahulu.

Katanya, ia termasuk kerja-kerja perolehan tapak yang bersesuaian, kerja-kerja tanah, penyediaan rekabentuk dan kerja-kerja lain yang berkaitan.

“Tempoh pembinaan hospital baharu pula adalah berbeza mengikut kaedah pelaksanaan projek selaras dengan garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Sebagai contoh pelaksanaan projek secara reka dan bina akan mengambil masa selama tiga tahun.

“Selain itu, faktor lain juga turut mempengaruhi tempoh pelaksanaan projek seperti kompleksiti sesebuah hospital serta keperluan kerja tanah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu lori dijel sehari, denda RM8,000 selepas tunjuk isyarat lucah dan pandu berbahaya

MAHKAMAH Majistret Balik Pulau hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama sehari, denda RM8,000 selain lesen memandu digantung selama lima...

More Articles Like This