CALON Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, Abd Halim Sidek Gulam Hassan kekal di dalam kertas undi bahagian walaupun telah mengumumkan menarik diri.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, hal itu selaras dengan Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
“Merujuk kepada Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, yang menyatakan seperti berikut:
‘tiada seorang calon pun boleh menarik pencalonannya selepas pukul 10.00 pagi pada hari penamaan’.
“SPR mengambil maklum tentang penarikan diri calon PH, Abd Halim Sidek yang telah diisytiharkan sebagai salah seorang calon yang bertanding di Bahagian Pilihan Raya Negeri N. 62 Silam pada Hari Penamaan Calon yang lalu.
“Oleh demikian, calon PH bagi Bahagian Plihan Raya Negeri N.62 Silam kekal di dalam kertas undi bahagian pilihan raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel lain: Penarikan diri calon DUN Silam, semangat setiakawan kerjasama politik jadi keutamaan PKR Sabah
Semalam, Abdul Halim Sidek mengumumkan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, kali ini.
Pengumuman mengejutkan itu hadir hanya dua hari selepas tempoh penamaan calon yang berlangsung Sabtu lalu.
Abdul Halim dalam kenyataan menegaskan, keputusan itu diambil atas kehendak peribadi tanpa sebarang tekanan atau pengaruh daripada mana-mana pihak luar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

