BEKAS Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ia selepas penyandang kerusi DUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan yang bertanding atas tiket Bebas berjaya mempertahankan kemenangannya kali ini.
Dalam PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020, Fairuz yang ketika itu mewakili Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi tersebut dengan majoriti hanya 84 undi.
Baca artikel lain: (TIDAK RASMI) PRN Sabah: PH, GRS dakwa peroleh kerusi cukup bentuk kerajaan
Beliau pada ketika itu turut menewaskan Pandikar Amin.
Fairuz merupakan bekas Ketua Pemuda GRS bertindak keluar parti apabila GRS menamakan Pandikar Amin sebagai calon GRS untuk DUN Pintasan.
DUN Pintasan menyaksikan pertembungan 11 penjuru dengan 15,896 daftar pemilih.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

