Tekan brek mengejut, dua pelajar sekolah ‘melayang’ motosikal terbabas, cedera di muka dan kaki

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA pelajar sekolah cedera di bahagian muka dan kaki selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Guthrie Kilometer 13.7 dari arah Shah Alam ke Rawang, semalam.

Video kemalangan berdurasi 27 saat itu turut tular dalam media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor memaklumkan, kemalangan itu dipercayai berlaku semasa mangsa dan rakannya sedang dalam perjalan pulang dari Elmina West ke rumah mereka selepas selesai sesi persekolahan.

Menurut Mohd Hafiz, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan menekan brek mengejut dan gagal mengawal motosikalnya yang terbabas.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa dan rakannya tercampak di atas jalan dan mengalami kecederaan di bahagian muka serta kaki.

“Mangsa dan rakannya telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi tujuan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Lelaki maut, adik cedera Honda Civic terbabas sebelum terbalik dekat Jasin

Mengulas lanjut, Mohd Hafiz berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan jalan raya terutama pelajar-pelajar yang akan tamat sesi persekolahan.

“Orang ramai yang melibat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.

“Boleh berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Sarjan Muhammad Piddie Firdaus Renjis di talian 013-8322290 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar seru rakyat Johor tolak politik kebencian pada PRN

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Johor supaya menolak politik kebencian, perkauman dan perpecahan pada Pilihan Raya...

More Articles Like This