KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengenai rasuah pada sesi Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peringatan yang konsisten daripada Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperlihatkan keseriusan negara dalam membudayakan good governance — tatakelola yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab.
“Merafak sembah Menjunjung kasih Kebawah Seri Paduka Baginda yang telah berkenan mencemar duli Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15.
“Prinsipnya jelas: jangan bocor, jangan tiris, jangan seleweng, jangan boros dan jangan rasuah.
“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya menyokong saranan ini dan sentiasa mengingatkan kepimpinan dan pegawai tertinggi agar prinsip tatakelola yang baik, khususnya dalam urusan perolehan,” katanya.
Baca juga: Kalau ada tidak terima bahasa Melayu lebih baik jangan duduk di Malaysia – Agong
Saifuddin Nasution menambah, dengan peruntukan hampir RM20 bilion, pengurusan berskala besar menuntut integriti dan akauntabiliti yang tinggi, KDN komited untuk memastikan setiap peringatan diterjemahkan kepada tindakan.
Terdahulu, Sultan Ibrahim menyatakan rasa kecewa dengan masalah rasuah yang membelenggu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga melibatkan pimpinan tertinggi.
Seri Paduka Baginda bertitah apa berlaku di ATM hanyalah sekelumit permasalah dan percaya ia juga berlaku di beberapa jabatan lain yang mana pelakunya mesti diburu untuk tindakan.
“Saya pernah sebut dahulu yang saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu perasuah dan nampaknya saya telah berjaya.
“Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam angkatan Tentera Malaysia sampai peringkat tertinggi, agaknya selepas ini saya terpaksa lantik sarjan saja jadi PAT (Panglima Angkatan Tentera).
“Ini hanya sekelumit daripada segunung, saya yakin ada ramai lagi di luar sana sama ada di Jabatan Kastam, imigresen, polis dan sebagainya serta termasuk juga yang berada di dalam dewan yang akan terus diburu sampai jumpa,” titahnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

