KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti 19 buah sekolah padat di Selangor, kata Menterinya, Fadhlina Sidek.
Menurut Fadhlina, beliau telah meluluskan segera semua pembinaan bilik darjah tambahan bagi sekolah-sekolah berkenaan setelah melihat intervensi jangka pendek.
Katanya, semua pembinaan bilik darjah tambahan ini akan dibina dengan segera secara berfasa.
“Dalam masa yang sama sekolah-sekolah baharu yang sedang dibina akan diberikan perhatian segera.
“Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 mengutamakan suasana pembelajaran yang kondusif dan prasarana yang selesa bagi meningkatkan mutu pendidikan,” katanya.
Baca juga: Matriks Pembelajaran Malaysia tak beri tekanan, buka peluang tambah baik – Fadhlina
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, isu sekolah padat sentiasa menjadi keprihatinan masyarakat.
Katanya, semua pihak harus akui bahawa kerja keras sahaja tidak cukup kerana rakyat mahu melihat hasilnya.
Tegas Fadhlian, beliau memberi teguran dengan tegas secara pentadbiran bahawa jangan tunggu sehingga viral baharulah tindakan diambil.
“Sekolah padat, kelas sesak dan prasarana tidak mencukupi akan memberikan kesan kepada pembelajaran yang berkesan.
“Saya panggil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bersama pasukan saya untuk memastikan isu ini segera ditangani dengan bersungguh-sungguh.
“Mesyuarat selanjutnya adalah bersama Pengarah JPN Kedah untuk menangani sekolah padat diKedah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

