20,173 guru diambil tahun 2025, jumlah guru bersara pilihan menurun

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TREND pengambilan guru menunjukkan peningkatan dengan seramai 20,173 orang guru telah diambil dan ditempatkan di sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tahun lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan, jumlah tersebut naik berbanding 13,983 guru yang diambil pada tahun 2024.

Pada masa sama, Fadhlina memberitahu, jumlah guru bersara pilihan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula menunjukkan trend penurunan.

Katanya, seramai 4,271 atau 0.99 peratus orang guru telah memilih bersara pilihan pada tahun 2025 berbanding 5,082 orang atau 1.17 peratus tahun sebelumnya.

“Dengan penempatan seramai 20,173 orang guru baharu pada tahun 2025, kadar pengisian jawatan guru terkini di seluruh negara adalah sebanyak 97.68 peratus setakat 31 Disember 2025.

“KPM sentiasa memberi perhatian terhadap pengisian guru di sekolah rendah dan menengah seluruh negara bagi memastikan pengajaran serta pembelajaran (PdP) di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Baca artikel lain: KPM kenal pasti, tambah bilik darjah 19 sekolah padat di Selangor

“KPM sentiasa komited dalam menangani isu pengisian guru di samping memastikan kesejahteraan guru terus terpelihara dengan melaksanakan strategi pengambilan guru secara berfasa termasuk temu duga dan pelantikan dua kali setahun.

“Selain itu, memperkukuh kerjasama dan sinergi dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan bekalan graduan pendidikan mencukupi berdasarkan keperluan opsyen kritikal,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang bertanyakan trend perubahan jumlah guru di seluruh Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan termasuk statistik persaraan awal dan pengambilan baharu serta impaknya terhadap kualiti pendidikan.

Peningkatan pengambilan guru stabilkan ekosistem PdP

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, peningkatan pengambilan guru baharu secara berfasa khususnya pada tahun 2025 dapat menstabilkan ekosistem PdP di sekolah.

Katanya, usaha itu diperkukuh dengan dasar pemilihan calon guru berkualiti tinggi, pelaksanaan pembangunan profesional berterusan dan intervensi kesejahteraan psikologi.

“Gabungan peningkatan kuantiti pengambilan guru, penekanan terhadap kualiti pengambilan guru serta pengukuhkan kompetensi dan kesejahteraan guru terbukti memberi impak positif terhadap pembelajaran murid.

“Ini dapat dilihat melalui peningkatan peratusan kelayakan menerima sijil SPM daripada 85.20 peratus pada tahun 2016 kepada 94.01 peratus pada tahun 2024 menandakan bahawa strategi pengambilan dan pembangunan guru secara menyeluruh telah menyumbang secara signifikan kepada peningkatan kualiti pendidikan negara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This