Ketua Pengarah, Pengarah direman seleweng RM900,000, kemuka tuntutan palsu tunai umrah

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang Ketua Pengarah dan seorang Pengarah sebuah jabatan agensi kerajaan kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM900,000.

Perintah reman selama lima hari sehingga 16 Februari terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan kira-kira pukul 1 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukan masing-masing dengan menggunakan peruntukan kewangan di tempat mereka bekerja berjumlah kira-kira RM900,000 untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua suspek juga dipercayai mengemukakan tuntutan palsu dan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM60,000.

Katanya, ia untuk menunaikan umrah semasa menghadiri urusan rasmi di Jeddah pada 29 Januari hingga 4 Februari tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri  Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 18 dan Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 serta turut melibatkan kesalahan dibawah Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta dengan curang dan pecah amanah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri Proton X70 terbabas langgar pembahagi jalan di LPT2

SEORANG wanita putus kaki sebelah kiri sebelah kereta jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer...

More Articles Like This