SEBAGAI sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan etnik, kebebasan untuk bersuara dijamin oleh kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, begitu juga halnya dengan hak untuk berbeza pandangan yang turut dijamin di negara ini.
Namun begitu, tegas beliau, ia tidak boleh mengatasi kepentingan kedaulatan undang-undang serta perpaduan.
“Prinsip kita sebagai sebuah negara majmuk adalah jelas dengan menjunjung keharmonian, menghormati setiap sensitiviti, dan sentiasa bergerak dalam jalur hukum.
Baca artikel lain: Isu kuil: Jika semua ikut peraturan, tiada masalah akan timbul – Ramanan
“Kebebasan bersuara dan berbeza pandangan memang dijamin, namun ia tidak boleh mengatasi kepentingan perpaduan serta kedaulatan undang-undang,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Perdana Menteri berkata lagi, Malaysia hanya akan terus aman dan makmur apabila semua pihak berpegang teguh kepada nilai saling menghormati serta mematuhi peraturan.
Pada masa sama, Anwar turut mengajak rakyat secara keseluruhannya untuk menolak sebarang tindakan yang boleh menggugat keharmonian nasional.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

