Suhakam gesa tubuh RCI siasat dakwaan terhadap Azam Baki

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, susulan laporan Bloomberg.

Menurut Suhakam, pihaknya khuatir sekiranya jawatankuasa penyiasatan khas tidak mempunyai kuasa statutori yang jelas serta kuasa penyiasatan yang mencukupi, bagi menyiasat dakwaan melibatkan Azam.

Tegas Suhakam, rasuah boleh memberi kesan yang buruk kepada hak asasi manusia sekiranya tidak ditangani dengan serius.

“Badan yang tidak mempunyai kuasa untuk memanggil saksi hadir, menghendaki pengeluaran dokumen, atau mendapatkan bukti berkaitan, berisiko dinilai sebagai terhad dari segi skop dan keberkesanan,” kata Suhakam dalam kenyataan.

Baca juga: Azam Baki saman Bloomberg jika gagal jawab LOD

Mengulas lanjut, Suhakam memberitahu, RCI mempunyai kuasa untuk memanggil saksi, memeriksa mereka bawah angkat sumpah, serta memaksa pengeluaran dokumen.

Menurut Suhakam, kuasa-kuasa itu amat penting bagi memastikan pemeriksaan yang menyeluruh, bebas dan telus terhadap semua dakwaan berkaitan.

Tegas Suhakam, skop siasatan juga perlu bersifat menyeluruh, dan penyiasatan tidak seharusnya terhad kepada isu tertentu sahaja.

Jelasnya, penyiasatan mesti merangkumi semua dakwaan serius yang diketahui umum, termasuk dakwaan berkaitan pemilikan saham serta laporan dakwaan pakatan sulit.

“Pendekatan yang tidak menyeluruh atau bersifat selektif berisiko mewujudkan persepsi berat sebelah dan menjejaskan kredibiliti proses tersebut,” kata Suhakam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

16 bekas tentera mula bertugas sebagai warden MRSM

SERAMAI 16 orang bekas tentera telah mula melaporkan diri sebagai warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai Isnin lalu. Pengerusi...

More Articles Like This