AADK ambil tindakan paling tegas, agresif kakitangan terlibat pelanggaran integriti

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) akan mengambil tindakan paling tegas dan agresif terhadap kakitangan yang terbukti terlibat dalam kes pelanggaran integriti serta boleh dibuang kerja sekiranya didapati bersalah.

AADK dalam kenyataan turut melahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tindakan berhubung wujud salah laku dan pelanggaran integriti oleh kakitangannya.

Ia juga menyerahkan proses siasatan kepada pihak SPRM dan komited untuk memberikan kerjasama sepenuhnya.

“AADK menegaskan tidak sama sekali akan berkompromi mahu pun melindungi mana-mana kakitangan yang terlibat dalam salah laku dan pelanggaran integriti yang boleh menjejaskan reputasi agensi.

“AADK memandang insiden ini sebagai satu perkara yang memerlukan perhatian serius.

“AADK akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan akses kepada segala maklumat yang diperlukan oleh pihak SPRM bagi memastikan siasatan dapat diselesaikan dengan telus, adil dan menyeluruh,” katanya hari ini.

Terdahulu, media laporkan dua kakitangan AADK di Terengganu ditahan SPRM bagi membantu siasatan disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang untuk penghuni pusat pemulihan.

Pada masa sama, selari dengan prinsip tadbir urus yang baik, AADK akan mengambil tindakan dalaman sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Agensi juga akan membuat penilaian serta menambah baik keberkesanan Prosedur Operasi Standard (SOP) di fasiliti AADK bagi menutup sebarang ruang yang boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

“AADK bertekad sepenuhnya untuk membanteras sebarang bentuk salah laku dan rasuah dalam kalangan warga kerja secara menyeluruh,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kertas siasatan kes libat Azam Baki dirujuk ke AGC Khamis lalu

KERTAS siasatan berhubung dua kes didakwa melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki...

More Articles Like This