Peserta konvoi maut rempuh belakang lori di Ipoh

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG pemuda tempatan berusia 21 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh belakang sebuah lori di KM281.1 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 11.45 pagi itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR dengan sebuah lori jenis Isuzu.

Katanya, siasatan awal mendapati lori yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berumur 54 tahun sedang bergerak lurus di lorong kiri dari arah bercham menghala ke Kuala Lumpur.

“Ketika kejadian, sebuah motosikal yang datang dari arah belakang di lorong yang sama dipercayai gagal mengawal kenderaan dan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian bucu kanan belakang lori tersebut.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Najib berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.

Katanya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelas beliau, siasatan juga mendapati mangsa merupakan sebahagian daripada kumpulan konvoi motosikal yang dalam perjalanan dari Nibong Tebal ke Sungkai.

Menurut Muhammad Najib, kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

“Pihak polis juga akan menjalankan saringan air kencing ke atas pemandu lori bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This