SEORANG lelaki berusia 40 an maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Bandar Sungai Long, Selangor, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisoner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.44 malam semalam.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa, lelaki tanpa identiti, lingkungan umur 40 an, telah meninggal dunia di lokasi.
“Mayat dihantar ke hospital kajang untuk bedah siasat. Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes disiasat dibawah laporan mati mengejut.
“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu proses pengecaman bagi membantu siasatan,” katanya.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

