Resipi ketam masak tomato… ringkas dan mudah disediakan

0
703

BAHAN
3 ekor ketam
3 cm halia – tumbuk
7 ulas bawang putih – tumbuk
1 sudu kecil pes cili
3 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
2 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap sotong
Minyak masak
Garam

CARA
Tumiskan halia dan bawang putih dengan pes cili, sehingga naik bau.
Masukkan air, sos cili, sos tomato, gula dan kicap sotong. Biarkan ia seketika.
Kemudian, masukkan ketam dan biarkan selama 15 minit. Hidangkan.

Resipi: Sri Rahyu, Kuala Terengganu.