4,029 kes baru, ayuh Malaysia #DudukDiRumah #StayAtHome

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Kes positif harian COVID-19 di negara ini mencatatkan rekod terbaru apabila sebanyak 4,029 kes dilaporkan.

Ini kali pertama kes positif harian melepasi angka 4,000 kes dengan yang tertinggi sebelum ini adalah 3,337 pada kelmarin.

Kes paling tinggi hari ini di Selangor (1,466), Johor (719), Sabah (449), Kuala Lumpur (347) dan Negeri Sembilan (214).

Menurut Twitter KKM, kes baharu dijangka terus meningkat dalam beberapa hari akan datang. Kes-kes baharu ini adalah hasil aktiviti/pergerakan sebelum (PKP) dan (PKPB).

Memetik media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak lapan lagi kematian dilaporkan.

Selain Selangor, Johor dan Sabah, negeri-negeri lain juga mencatatkan peningkatan kes baru dengan ketara.

Ini termasuk Perlis – negeri zon hijau yang mana hari ini melaporkan 14 kes baru COVID-19.

Hari ini juga menyaksikan 2,148 kes sembuh di seluruh negara.

Menurut laman Twitter KKM, daripada 4,029 kes baharu positif COVID-19 hari ini, 4,021 adalah penularan tempatan manakala lapan (8) kes import.

Perkembangan hari ini menjadikan jumlah positif yang dilaporkan setakat ini 155,095.

“Sebanyak 205 individu positif COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 79 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Jumlah kematian terkumpulan akibat COVID-19 pula kini berjumlah 594 kes,” ujar Twitter KKM.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 26 kondominium di Penampang

SEORANG lelaki ditemukan maut berhampiran lobi sebuah kondominium dipercayai terjatuh dari tingkat 26 bangunan itu di Penampang, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This