Hamzah Zainudin stabil, di PPUM jalani rawatan COVID-19

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat COVID-19 berada dalam keadaan stabil.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan sebentar tadi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menzahirkan keprihatinan terhadap tahap kesihatan Hamzah.

“Untuk makluman, Datuk Seri Hamzah Zainudin kini sedang menjalani rawatan serta kuarantin di PPUM dan tahap kesihatan beliau berada dalam keadaan yang stabil.

“Sehubungan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri memohon agar semua pihak untuk terus mendoakan kesembuhan kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Dalam Negeri,” kata kenyataan itu ringkas.

Baca lagi: Hamzah Zainudin menteri terbaru positif COVID-19

Sebelum ini tular beberapa mesej di media sosial kononnya Hamzah telah dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana jangkitan virus COVID-19.

Minggu lalu, Hamzah disahkan positif COVID-19 dan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan serta pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Sejak awal tahun ini, empat anggota Kabinet dijangkiti COVID-19 dengan terbaru, Datuk Halimah Sadique.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This