KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,631 kes positif baru COVID-19 dan 18 kematian berkait virus itu dilaporkan hari ini.

Jumlah kematian yang dilaporkan hari ini juga merupakan yang tertinggi pernah direkodkan dalm sehari.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penularan tertinggi terus dilaporkan di negeri-negeri yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 10 hari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 176,180 kes.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 782 kes, diikuti Johor dengan 466 kes dan Sabah 453 kes baharu.

“Sehingga kini, seramai 251 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 102 daripadanya masih memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, 12 lagi kluster baharu dilaporkan dan berikut ringkasan statistik:

Kes sembuh=2,554
Jumlah kes sembuh=132,706 kes
Kes baharu positif=3,631 kes (3,625 tempatan, 6 import)
Jumlah positif=176,180
Kes kematian=18
Jumlah kes kematian=660 kes
Kes dirawat di ICU=251 kes
Bantuan Alat Pernafasan=102 kes.