Ibu mentua Ako Mustapha meninggal dunia akibat Covid-19

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Pelakon Ako Mustapha berkongsi berita sedih apabila ibu mentuanya yang dikenali Hajah Santanina meninggal dunia akibat Covid-19, semalam.

Ako atau Muhaizad Ahmad Mustapha, 48, menerusi kemaskini status di Facebook memaklumkan ibu mentuanya itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Assalamualaikum semua, dukacita saya ingin maklumkan bahawa mak mentua saya, Hajah Santanina telah kembali ke rahmatullah di HKL disebabkan virus Covid-19,” katanya.

ISTERI Ako dan ibu mentuanya, Hajah Santanina

Sebelum ini sekitar April tahun lalu, Ako pernah berkongsi mengenai kondisi kesihatan ibu mentuanya yang berada pada tahap kurang baik sehingga dimasukkan ke hospital.

Untuk rekod, Ako mendirikan rumah tangga dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan mereka memiliki empat orang cahaya mata.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Anda tak nak duduk semeja dengan DAP, teruskan keangkuhan kamu’ – Loke

DAP menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama dengannya jika diberi mandat semula membentuk kerajaan negeri pada...

More Articles Like This