COVID-19: Hamzah Zainudin sudah keluar wad

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata, Hamzah juga berada dalam keadaan baik.

Hamzah disahkan positif COVID-19 pada 12 Januari lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Baca artikel berkaitan: Hamzah Zainudin menteri terbaru positif COVID-19

Halimah Sadique jadi Menteri Kabinet keempat positif COVID-19

Empat menteri Kabinet dilaporkan dijangkiti virus itu tahun ini termasuk Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Rina Harun dan Datuk Halimah Sadique.

Selain mereka, beberapa lagi pemimpin politik kanan termasuk wakil rakyat turut disahkan positif COVID-19 dalam gelombang ketiga ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri Proton X70 terbabas langgar pembahagi jalan di LPT2

SEORANG wanita putus kaki sebelah kiri sebelah kereta jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer...

More Articles Like This