MCA kekal bersama BN hadapi PRU-15

Dari Penulis

OGOS tahun lalu, MIC salah sebuah parti pengasas Barisan Nasional (BN) sejak era Parti Perikatan pernah mengejutkan arena politik.

Ini apabila parti itu mengumumkan berdaftar sebagai salah satu komponen Perikatan Nasional (PN) sebelum dijelaskan oleh kepimpinan MIC bahawa semua itu satu kekeliruan dan tidak pernah berniat mengkhianati BN.

Hari ini, satu lagi parti pengasas BN iaitu MCA mengulangi penegasan kekal bersama BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di sebalik pelbagai cabaran politik semasa.

Perkara itu dinyatakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada perasmian perhimpunan agung parti itu yang berlangsung di tengah kehangatan suhu politik negara.

MCA kekal bersama
Ucaptama Wee Ka Siong pada Perhimpunan AGung MCA di ibu negara hari ini yang antaranya menyentuh MCA kekal bersama BN PRU-15.

Kata Ka Siong, sejak penubuhannya, MCA melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam perjuangan serta menghadapi waktu susah senang dan pahit manis bersama BN.

“Meraikan kepelbagaian budaya, kesederhanaan dan sifat inklusif yang diterap serta dipratikkan BN adalah selari dengan perjuangan MCA.

“Oleh itu, pada PRU-15 datang, MCA akan terus bersama dengan BN, untuk memastikan BN memperoleh kemenangan,” kata Menteri Pengangkutan dalam Kerajaan PN itu.

Perhimpunan Agung MCA itu berlangsung di ibu negara secara hibrid dengan kehadiran semuka dihadkan manakala selebihnya menerusi online.

Pada masa sama, Ka Siong dalam ucapannya berkata, jika melihat adanya keperluan, MCA juga akan bersama parti lain untuk membina kekuatan dalam membawa semangat kepelbagaian dan kesederhanaan demi memelihara negara.

Sementara itu, pengumuman tersebut dikongsi Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“MCA tetap bersama BN untuk menghadapi PRU15. Tak apa, PN ada Gerakan,” kata bekas Pengerusi BN itu.

Baca artikel berkaitan: Parti Gerakan kini komponen Perikatan Nasional

Kenyataan Zahid ada kekeliruan, Ketua Pegawai Media BN digantung tugas

Sebelum ini, satu lagi parti pengasas BN, UMNO telah mengumumkan tidak akan bekerjasama dengan parti utama PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada PRU-15.

Cuma, yang belum selesai adalah kemelut dalaman UMNO dan ia pastinya meresahkan ramai kerana UMNO adalah parti tunjang kepada BN.

Namun, perkara itu dijangka bakal dirungkaikan pada Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini bagi mencari titik penyatuan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MIPP tetapkan hala tuju lepas mesyuarat MT PN

PARTI Rakyat India Malaysia (MIPP) akan membuat sebarang keputusan berkaitan hala tuju politik parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi...

More Articles Like This