Hari keempat berturut lebih 2,000, Kelantan catat rekod 332 kes

Dari Penulis

DUA daripada tiga kluster yang mencatatkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini direkodkan di Kelantan.

Ini sekali gus menyumbang kepada lonjakan kes baharu COVID-19 yang tinggi hari ini di Kelantan dengan 332 kes.

Dua kluster yang dimaksudkan ialah Kluster Kok Lanas (74 kes) dan Kluster Kampung Bunut Sarang Burung (43 kes).

Keseluruhannya, kes harian hari ini berjumlah 2,195 kes dan ini merupakan hari keempat berturut-turut kes baharu melebihi 2,000 penularan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 508 kes.

Katanya, ini diikuti oleh Selangor sebanyak 431 kes, Johor 387 kes dan Kelantan dengan 332 kes.

Dua lagi negeri turut mencatatkan tiga angka iaitu Kuala Lumpur sebanyak 176 kes dan Sabah, 112 kes.

“Terdapat lapan kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing dua kes di Selangor dan Kelantan, serta masing-masing satu kes di Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kesemua kes melibatkan warganegara. Ini menjadikan kes kumulatif kematian akibat COVID-19 setakat ini berjumlah 1,378 kes.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 1,427 kes sembuh dilaporkan hari ini dan ini menjadikan kes aktif berjumlah 19,854 kes.

“Daripada jumlah itu 219 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 90 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: Kadar kebolehjangkitan terus naik, Kelantan rekod tertinggi

Hari ini juga menyaksikan 10 kes import dilaporkan manakala daripada 2,185 kes tempatan, sebanyak 348 terdiri daripada bukan warganegara.

Sementara itu, kata Noor Hisham, sebanyak lima lagi kluster dilaporkan hari ini.

Katanya, ia melibatkan tiga kluster tempat kerja dan masing-masing satu kluster komuniti dan kluster sekolah/ institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selangor dan Sarawak melaporkan dua kluster manakala satu lagi di Johor.

Kluster Jalan Perindustrian Satu di Johor melaporkan kes tertinggi hari ini dengan 249 kes.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This