Semua masjid, surau di N. Sembilan dibenar laksana solat Aidilfitri ikut kapasiti

Dari Penulis

DALAM bab agama, lain negeri lain prosedur operasi standard (SOP) mengawal COVID-19 kerana hal ehwal Islam adalah kuasa negeri.

Sebab itu, dalam solat Jumaat misalnya, ada negeri yang hadkan pada kapasiti tertentu tetapi ada negeri benarkan ikut kapasiti maksimum masjid tertakluk penjarakan fizikal.

Bagi solat sunat Aidilfitri, Negeri Sembilan mengambil langkah membenarkan pelaksanaan ibadat tersebut di semua masjid dan surau di negeri itu.

Ini termasuk di daerah Seremban yang masih dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat.

Malah, kehadiran jemaah dibenarkan mengikut kapasiti ruang solat serta pematuhan penjarakan fizikal, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Walau bagaimanapun, katanya, surau perlu membuat permohonan di pejabat agama daerah masing-masing bagi tujuan itu.

“Takbir raya juga dibenarkan, terhad kepada jumlah jemaah mengikut kapasiti ruang solat.

“Namun amalan takbir rumah ke rumah tidak dibenarkan sama sekali.

“Jamuan hari raya dan sebarang jamuan selepas Aidilfitri di semua masjid dan surau juga tidak dibenarkan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Solat sunat, takbir dan ziarah Aidilfitri dibenarkan

Gambar hiasan FB Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Peralatan dan Sumbangan Program Jalinan Mesra Majlis Bandaraya Seremban dan Puspanita Negeri Sembilan Bersama PDK Bandar Seremban hari ini.

Aminuddin berkata, aktiviti menziarahi kubur hanya dibenarkan di kawasan PKP Pemulihan (PKPP) dengan kehadiran empat orang dalam satu kumpulan bagi satu kubur selama 30 minit.

“Daerah Seremban berstatus PKPB maka tidak dibenarkan aktiviti menziarah kubur.

“Jadi saya minta orang ramai mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau pada masa turut menegaskan masjid atau surau yang gagal mematuhi SOP akan ditutup selama seminggu, serta menasihati mereka yang tidak sihat atau mempunyai gejala COVID-19 agar tidak ke masjid dan surau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This