Kes COVID-19 tinggi dalam kalangan kanak-kanak, daftar vaksin dan lindungi mereka

Dari Penulis

SEBANYAK 19,851 kes COVID-19 dikesan dalam kalangan kanak-berusia kurang daripada 5 tahun yang direkodkan dari awal penularan virus itu sehingga 30 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keseluruhannya dalam tempoh itu, 82,341 kes COVID-19 telah dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sememangnya khuatir dengan situasi penularan kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak terutama melibatkan bayi berumur kurang dari 1 tahun dan kanak-kanak di bawah 5 tahun.

“Pada masa yang sama, peratusan tertinggi dilihat adalah dalam kalangan kanak-kanak umur 13 tahun sehingga kurang daripada 18 tahun (33.27 peratus).

“Ini kemungkinan disebabkan kanak-kanak dalam kumpulan umur ini adalah lebih banyak bergerak dan menjalankan aktiviti luar.

“Sama ada mereka sedari ataupun tidak, ini membawa risiko dijangkiti COVID-19 kepada diri mereka, adik-beradik dan juga ahli keluarga yang lain, terutama jika mereka tidak mengikut nasihat yang telah diberikan KKM,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, kata Noor Hisham, KKM berharap dengan segala maklumat yang diberikan mengenai isu ini dapat menyedarkan semua pihak terutama ibu bapa mengenai situasi penularan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak.

“Ibu bapa adalah berperanan sebagai pelindung kepada kanak-kanak. Mereka perlu mengambil tindakan proaktif untuk melindungi kanak-kanak agar tidak terdedah kepada bahaya COVID-19.

“Pesanan KKM kepada ibu bapa atau penjaga, pantaulah pergerakan anak-anak agar kekal berada di rumah dan tidak keluar berjumpa kawan atau mengunjungi jiran tetangga.

“Ibu bapa sendiri perlu menjalankan tanggungjawab ini dan tidak membenarkan anak-anak remaja mengunjungi tempat tempat awam yang sesak dan berisiko tinggi,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan: 7,703 kes baharu, 50 peratus di Selangor, KL dan N. Sembilan

Tambah beliau, ibu bapa yang mempunyai bayi dan kanak kanak bawah 5 tahun perlu menjalankan tanggungjawab dengan kekal duduk di rumah, tidak membawa anak-anak ke tempat-tempat yang berisiko seperti pasar raya, pasar awam, dan tempat sesak yang lain.

“Semua pihak terutamanya ibu bapa diseru untuk mengambil berat isu keselamatan dan kesihatan golongan kanak-kanak ini memandangkan mereka masih kecil dan sistem pertahanan tubuh mereka yang belum matang.

“Oleh itu, mereka cenderung untuk dijangkiti virus SARS-CoV-2. Kumpulan ini juga belum termasuk dalam golongan usia yang layak menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Justeru, ibu bapa dan ahli masyarakat sekitar harus melindungi mereka dengan mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin.

“Melalui cara ini, persekitaran yang lebih selamat dapat sama-sama kita bina bagi kelestarian generasi masa hadapan,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This