SEBANYAK 7,703 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini – meningkat hampir 600 kes berbanding semalam yang mencatatkan 7,105 kes.
Jumlah hari ini juga adalah yang keempat tertinggi pernah direkodkan sepanjang wabak itu dilaporkan di Malaysia.
Peningkatan hari ini antara lain kerana pertambahan kes baharu di Selangor yang mencatatkan 2,728 kes berbanding 2,068 kes semalam.
Kuala Lumpur juga kekal kedua tertinggi apabila sebanyak 701 penularan dikesan hari ini.
Sarawak ketiga tertinggi dengan 588 kes, turun sedikit berbanding semalam yang melaporkan 703 kes.
Menurut perkongsian data oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ada tiga lagi negeri yang mencatatkan kes melebihi angka 500 iaitu Negeri Sembilan (586 kes), Johor (554 kes) dan Kelantan (541 kes).
Sementara itu, semua negeri melaporkan pertambahan kes termasuk Perlis yang mencatatkan sifar kes semalam.
Sebanyak tujuh kes dilaporkan di negeri paling utara itu manakala terendah hari ialah Putraja sebanyak satu kes.
Berikut pecahan kes mengikut negeri.
Sehingga 2 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,703 kes (587,165 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,728 (191,722)
Sabah – 254 (62,816)
WPKL – 701 (60,172)
Johor – 554 (59,368)
Sarawak – 588 (48,620)
Pulau Pinang – 407 (29,433)
Kelantan – 541 (28,860)
Negeri Sembilan – 586 (27,288)
Perak – 224 (21,245)
Kedah – 283 (19,428)
Melaka – 209 (12,544)
Pahang – 237 (10,004)
Terengganu – 224 (9,193)
WP Labuan – 159 (4,043)
WP Putrajaya – 1 (1,911)
Perlis – 7 (518)
Baca artikel berkaitan: 7,105 kes baharu, dua hari turun, hari ini naik balik
Varian ganas luar negara dikesan hampir di semua negeri
Sebelum ini, kes tertinggi yang pernah dilaporkan adalah sebanyak 9,020 kes pada 29 Mei lalu.
Walau bagaimanapun, kes harian COVID-19 kemudian turun untuk dua hari berturut-turut sebelum kembali meningkat semalam dan hari ini.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

