SPRM anjur FIFA 21 Challenge, sebar mesej antirasuah pada belia

Dari Penulis

SEBAGAI usaha menyebarluaskan mesej antirasuah dalam kalangan belia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan kejohanan e-sukan SPRM FIFA 21 Challenge mulai 1 hingga 17 Julai ini.

Bertemakan Belia Menentang Rasuah, kejohanan online ini bakal disertai 2,048 atlet e-sukan.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, program itu merupakan kesinambungan program PUBG Mobile i-Challenge yang pernah dianjurkan pihaknya sebelum ini bagi mendekati kumpulan belia yang meminati e-sukan.

Menurut SPRM, idea pertandingan itu dicetuskan Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Azam Baki sebagai pendekatan serampang dua mata kerana mesej antirasuah dan penerangan berkaitan jenayah rasuah di negara ini akan turut diselitkan sepanjang perlawanan tersebut.

“Penganjuran SPRM FIFA 21 Challenge yang julung kali diadakan itu juga membuktikan SPRM memanfaatkan penggunaan teknologi ketika penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada program serta aktiviti pendidikan antirasuah yang sebelum ini dijalankan secara bersemuka.

Baca artikel berkaitan: RM100,000 jadi taruhan Malaysia Esport Series 2021

“Pada masa yang sama, platform secara maya tersebut turut membolehkan SPRM mendekati kumpulan sasar bagi menyampaikan mesej antirasuah meskipun negara sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung COVID-19,” kata kenyataan itu.

Juara pertandingan bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, naib juara RM3,000 dan tempat ketiga RM2,000.

SPRM FIFA 21 Challenge akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Team Haq Esports Club dan SPRM Community.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This