6,988 kes baharu, lebih separuh di Selangor dan KL

Dari Penulis

HARI ini, Khamis 1 Julai dan sebanyak 6,988 kes baharu COVID-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini merupakan hari ketiga berturut-turut kes harian COVID-19 kembali melepas angka 6,000.

Pada Selasa 6,437 kes dilaporkan manakala semalam, 6,276 penularan.

Seperti mana sebelumnya, lebih separuh daripada kes baharu dikesan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Hari ini, Selangor melaporkan 2,885 kes dan Kuala Lumpur 988 manakala jiran Lembah Klang iaitu Negeri Sembilan di tempat ketiga dengan 692 kes.

Justeru, jika dicampur ketiga-tiganya, hampir 70 peratus adalah kes di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Negeri lain yang melaporkan kes tinggi hari ini ialah Sarawak (544 kes) diikuti Melaka (311), Johor (270), Kedah (250) dan Sabah (232).

Perlis pula melaporkan satu kes, Terengganu (50) dan Kelantan (108) – tiga negeri yang dilaporkan bakal dibenarkan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara minggu depan.

Sebanyak 6,988 kes baharu dilaporkan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 2,000 kes ‘kluster Euro’, penyokong England dilarang ke Itali

6,276 kes baharu, 2,836 di Selangor

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 1 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,988 kes (758,967 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,885 (251,636)
WPKL – 988 (78,666)
Johor – 270 (71,094)
Sabah – 232 (69,677)
Sarawak – 544 (65,395)
Negeri Sembilan – 692 (45,572)
Kelantan – 108 (34,919)
Pulau Pinang – 174 (34,669)
Perak – 149 (26,777)
Kedah – 250 (25,519)
Melaka – 311 (18,726)
Pahang – 195 (13,861)
Terengganu – 50 (11,251)
WP Labuan – 129 (8,298)
WP Putrajaya – 10 (2,312)
Perlis – 1 (595)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MONSTA cipta sejarah disenarai finalis WIPO Global Awards 2026

SYARIKAT animasi tempatan, MONSTA mencipta sejarah apabila disenaraikan sebagai finalis WIPO Global Awards 2026, sekali gus mengharumkan nama Malaysia...

More Articles Like This