Penerima dalam MySejahtera lebih dari jumlah vaksin di PPV, Bukit Aman bertindak

Dari Penulis

JUMLAH penerima vaksin yang tersenarai dalam MySejahtera melebihi jumlah vaksin yang diperuntukkan ke Pusat Pemberian Vaksin.

Itu kandungan laporan polis yang dihbuat seorang petugas PPV di ibu negara.

Sehubungan itu, polis kini sedang menyiasat dakwaan penambahan ‘luar biasa’ slot janji temu vaksinasi COVID-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, laporan dibuat seorang petugas di PPV berkenaan mendakwa wujud lebihan penerima vaksin tersenarai dalam aplikasi MySejahtera, berbanding jumlah vaksin diperuntukkan di lokasi terbabit.

“Siasatan masih di peringkat awal dan polis dalam tindakan mengambil keterangan beberapa saksi yang berkaitan.

“Pihak polis menggesa orang ramai untik tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan isu ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tegas beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997.

Baca artikel berkaitan: Sultan Selangor gesa tambah pemberian vaksin di Selangor

PICK catat rekod lagi, 8.36 juta sudah terima sekurang-kurangnya satu dos

Sementara itu, Mohd Kamarudin turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan selaras dengan usaha bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya direalisasikan.

“Polis tidak akan kompromi dengan usaha untuk mensabotaj program sedang dilaksanakan sama ada untuk kepentingan individu mahupun sebaliknya.

“Tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu didapati ingkar,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This