98.2 peratus kes baharu kategori 1 dan 2, kematian 233

Dari Penulis

SEBANYAK 431 kes atau 1.8 peratus daripada 23,564 kes baharu COVID-19 hari ini dalam kategori 3, 4 dan 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 23,133 kes lagi atau 98.2 peratus merupakan kategori 1 dan 2 iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

“Secara keseluruhan, 19,362 kes (82.2 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 233 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

Katanya, jumlah itu melibatkan 101 kes di Selangor, 31 kes di Kuala Lumpur, 23 kes di Johor, 17 kes di Sabah, 16 kes di Perak, 15 kes di Pulau Pinang dan 11 kes di Negeri Sembilan.

“Turut dilaporkan sembilan kes di Kedah, empat kes di Terengganu, serta masing-masing tiga kes di Kelantan dan Pahang,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: 23,564 kes baharu, kes kumulatif COVID-19 kini lebih 1.5 juta

98 peratus kes baharu kategori 1 dan 2, kematian 178

Sebanyak 60 kematian hari ini merupakan dalam kategori Brought-In-Dead (BID) manakala 56 kes tidak mempunyai latar belakang penyakit lain.

Pertambahan kes kematian hari ini menjadikan jumlah korban COVID-19 kini berjumlah 13,713.

Sementara itu, katanya, seramai 1,062 individu positif COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 518 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, terdapat 21,448 kes sembuh dilaporkan hari ini manakala kes aktif kini berjumlah 257,417 kes.

Sementara itu, kata beliau, terdapat 38 kluster baharu COVID-19 dilaporkan dengan 22 daripadanya merupakan tempat kerja.

Ini diikuti kluster komuniti (14) dan pendidikan (dua).

“Ketika ini terdapat 1,422 kluster aktif,” ujarnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This