Tugas sukar untuk nyatakan bila sekolah boleh dibuka dan selamat

Dari Penulis

COVID-19 punya pasal, pertemuan Brazil menentang Argentina di Sao Paulo juga tergendala dan yang paling mencuri tumpuan dunia cara ia ditangguhkan.

Masuk minit keenam perlawanan, pihak berkuasa Brazil masuk ke padang menceroboh perlawanan menyebabkan bintang-bintang bola sepak dunia terpinga-pinga.

Rupa-rupanya ada pelanggaran protokol kesihatan oleh pemain Argentina berhubung perintah kuarantin kepada mereka yang masuk ke Brazil dari United Kingdom (UK).

Memang dramatik sekali dan seperti mana kehidupan manusia sejak hampir dua tahun lalu, perkara tidak pernah berlaku, boleh terjadi.

Kisah awal pagi tadi itu itu sebahagian daripada babak kisah manusia dan pandemik COVID-19.

Pada masa sama ada satu perkara yang sedang hangat dibincangkan di seluruh dunia dan ia lebih penting dari perlawanan bola sepak antara dua musuh tradisi yang mampu menarik tontonan ratusan juta umat manusia.

Perkara itu mengenai vaksinasi kepada golongan remaja dan ini mempunyai hubung kait langsung dengan pembukaan sekolah secara bersemuka.

Bukan hanya di Malaysia, tetapi di segenap pelosok dunia sedang melakukan yang terbaik supaya anak-anak dapat kembali sekolah dan selamat.

Buat remaja umur 16 dan 17 tahun, tidak terlalu banyak isu kerana banyak negara terutama negara kaya yang menyimpan stok vaksin sudah memulakan pemberian vaksin secara meluas kepada remaja di usia berkenaan.

Negara yang ada isu bekalan, moleklah selesai dahulu yang berusia 18 tahun ke atas.

Cuma pada masa depan, terdapat banyak perdebatan mengenai kesesuaian vaksinasi kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun susulan pandangan sekumpulan pakar Joint Committee on Vaccination and Immunisation (JCVI) di UK.

Panel JCVI menolak buat masa ini vaksinasi kepada semua remaja dalam kumpulan umur tersebut berikutan risiko keradangan biar pun ia sangat jarang dilaporkan.

Ini meletakkan kerajaan UK dalam persimpangan antara mengikuti ketetapan pakar dan kehendak ramai yang sedia memilih memvaksin anak-anak dalam usia tersebut.

Apatah lagi terdapat 29 negara di Eropah yang sudah memulakan vaksinasi kepada golongan tersebut atau akan memulakannya dalam masa terdekat.

Paling laju, Amerika Syarikat (AS), 7.6 juta remaja 12 hingga 15 tahun sudah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Negara lain, Jepun, Kanada, UAE, Singapura, Filipina dan Australia juga sudah memutuskan untuk memberi vaksin kepada yang berusia 12 tahun ke atas.

Bagaimanapun, tiada satu negara yang memulakan vaksinasi kepada yang bawah 12 tahun.

Baca artikel berkaitan: Sekolah di Labuan dibuka 3 Oktober, mula dengan Tingkatan 5, 6

Lebih baik buka sekolah tahun 2022,” – Dr Sheikh Muszaphar bimbang keselamatan pelajar, kes Covid-19 masih lebih 20K setiap hari

Johor harap segerakan beri vaksin remaja bawah 18 tahun

Apa pun, setidak-tidaknya Labuan sudah diputuskan akan membuka kembali sekolah bermula dengan Tingkatan 5 dan 6 sebagai fasa pertama.

Ini bertepatan kerana kes baharu di Labuan sangat rendah manakala vaksinasi di pulau itu sudah melebihi 90 peratus populasi dewasa.

Mengambil contoh England dan Wales, sekolah negara itu kembali dibuka bulan ini setelah peratusan tinggi populasi dewasa melengkapkan vaksinasi.

Kini ia menjadi perhatian ramai di UK untuk melihat statistik terbaru dan harus diingatkan, jika kes meningkat ia bukan hanya kerana sekolah dibuka tetapi juga sektor lain yang sudah banyak dilonggarkan.

Susulan pembukaan semula sekolah di England bulan ini, pelbagai pihak menganjurkan kempen mendidik pelajar supaya mengamalkan pendekatan selamat bagi menghindari mereka dari dijangkitan COVID-19.

Dari segi kes harian, lebih 30,000 dilaporkan semalam di seluruh UK dengan kematian dua angka – jauh lebih rendah berbanding ketika program vaksinasi baru berjalan.

Namun ketika sekolah di Scotland dibuka lebih awal bulan lalu dengan penjarakan fizikal, statistik pertengahan Ogos menunjukkan peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang berusia bawah 18 tahun.

Cuma dalam soal remaja dan kanak-kanak, saintis sepakat kesan serius COVID-19 kepada pesakit umur berkenaan adalah kurang berbanding orang dewasa.

Lagi pula kajian kerajaan UK menunjukkan jumlah jangkitan dalam kalangan murid di sekolah pada Jun 2021 lebih rendah berbanding musim luruh 2020, penurunan susulan kadar vaksinasi tinggi dalam kalangan dewasa.

Namun untuk menyatakan bilakah waktu paling selamat sekolah dibuka memang satu perkara yang amat sukar ketika ini.

Eloklah kita serah pada yang pakar – pakar melibatkan pelbagai kementerian.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Aqil Zulkiflee ingatkan netizen berhati-hati, dedah pengalaman buruk dikhianati rakan sendiri

INDUSTRI perniagaan dalam kalangan pempengaruh tanah air sekali lagi hangat diperkatakan apabila pencipta kandungan popular, Aqil Zulkiflee, mendedahkan episod...

More Articles Like This